Saturday 27 October 2012

PSV Tingkatan Satu 2012 (FOLIO DAN EVIDEN)

CETAKAN
 Merupakan Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
Sejarah Awal :
Sejarah cetakan ialah apabila cetakan blok kayu buatan tangan munculpada abad ke 7 Masihi di China.
Jenis-jenis Cetakan :
 Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu :
 1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino
2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio)
3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur
4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring.



Cetakan Benaman 
Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.Jarum kasar atau besi tajam untuk membentuk imej.
Cetakan Planograf
 Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Menggunakan blok batu kapur dan mesin cetak.
Cetakan Timbulan 
Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.
Cetakan Sutera Saring 
Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang 






ANYAMAN
Merupakan proses menjalin atau menyelang-selikan @ menjaring-jaringkan helaian atau jaluran bahan menjadi satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan dengan mengikut prosedur tertentu.
Kelarai ? Merupakan corak yang terdapat dalam suatu gubahan anyaman.
Sejarah Awal :
Seni anyaman merupakan seni kraf sejagat Malaysia yang wujud sejak 300 tahun yang lampau.
· Dipercayai seni kraf tangan muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar.
· Kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama.
· Hasil kraftangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah kepada sanak saudara atau sahabat handai.
· Kegiatan anyaman biasanya dijalankan oleh kaum wanita, lelaki hanya menolong menetak dan memproses daunnya.
· Kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak brebeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuh-tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman.
· Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil utama kraftangan anyaman.
· Anyaman yang dihasilkan daripada hasil rimba adalah seperti barangan harian, hiasan dan hadiah.
· Hasilnya memaparkan keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia.
Kelarai Mata Bilis

Kelarai Bunga Cempaka









Kelarai Tegak Melintang
Kelarai Tegak Melintang
Contoh-contoh Kelarai
Contoh Anyaman Tudung Saji
Contoh Anyaman : Sirung






















TEMBIKAR
Merupakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untukdijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.
 Sejarah awal  :
 1. Telah wujud sejak zaman Neolitik
2. Dihasilkan secara primitif menggunakan tanah liat dari sungai yang dibentuk dan keringkan bawah cahaya matahari.
3. Tembikar primitif telah ditemui di Ulu Tembeling, Pahang, Gua Cha Kelantan dan kota Tinggi Johor.

  Jenis-jenis Tembikar
1. GELUK :
Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan ringkas
2. Jambangan :
Badan berbentuk labu yang ditinggikan sepertitempayan atau buyung berkaki digunakan untuk meletak bunga.
3. Labu :
Bekas air berbentuk buah labu banyak terdapat di Perak, mempunyai corak alam sekeliling dan geometri.
4. Buyung :
Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh sertamempunyai permukaan yang licin tanpa hiasan.
5. Tembikar Sarawak :
Berasal dari China dan diusahakann oleh kaum CinaBerbentuk tempayan beraneka jenis dan diukir denganhiasan kepala naga.Banyak digunakan oleh kaum Kelabit di Sarawak untukmenyimpan barang berharga,atau mengisi arak. Menggunakan mesin pemutar/ lempar alin dan acuan.
6. Tembikar Mambong :
Tembikar ini diusahakan di Sayong, K.Kangsar, Perak. Bentuknya diilhamkan daripada buah labu air.Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil dan menyimpan air. Air yang disimpan dalam labu sayong ini dikatakandingin, nyaman dan mempunyai khasiat yang tertentu. Ia dihasilkan oleh kaum wanita , menggunakan teknik picitan dan lingkaran.Corak hiasannya berdasarkan alam sekeliling dan rupa geometri.

TEKNIK MENGHASILKAN TEMBIKAR


TEKNIK PICIT :
Menekan dan memicit ketulan tanah liat
TEKNIK LINGKARAN :
Tanah liat digelek dengan tangan menjadi lingkaran panjang dan dilingkar membentuk tembikar

3. TEKNIK ACUAN. 
Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of paris dan dibiarkan dalam
 beberapa minit kemudian lebihan tanah liat di tuang keluar.
4. TEKNIK PUTARAN@LEMPAR ALIN:
Menggunakan mesin pemutar. Tanah liat diletakkan ke atas mesin dan dibentukkan semasa mesin berputar.
5. TEKNIK KEPINGAN :
Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip tanah/tanah liat cair
untuk mendapatkan bentuk.










2 comments: